Linux
atau GNU/Linux adalah sistem operasi bebas yang sangat populer. Istilah Linux
atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux
(Linux distribution), yang selalunya disertakan program-program lain selain
Sistem Pengoperasian. Contoh-contoh program adalah seperti Server Web, Bahasa
Pengaturcaraan, Basis Data, Persekitaran Desktop (Desktop environment) (seperti
GNOME dan KDE), dan suite kantor (office suite) seperti OpenOffice.org.
Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi
kepopuleran, sehingga lebih populer dari versi UNIX yang propritari
(proprietary) dan mula menandingi dominasi Microsoft Windows dalam beberapa
kasus.
Linux
menyokong banyak Perkakasan Komputer, dan telah diguna di dalam berbagai
peralatan dari Komputer pribadi sampai Superkomputer dan Sistem Benam (Embedded
System) (seperti Telefon Mudahalih dan Perekam Video pribadi Tivo).
Pada
mulanya, ia dibuat dan digunakan oleh peminatnya saja. Kini Linux telah
mendapat sokongan dari perusahaan besar seperti IBM, dan Hewlett-Packarddan
perusahaan besar lain. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan
karena Linus tidak bergantung kepada vendor (vendor-independence), biaya
perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari,
serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows.
Ciri-ciri ini juga menjadi bukti atas keunggulan model pembangunan sumber
terbuka.
Sejarah
Kernel
Linux pada mulanya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universitas Finland Linus
Torvalds yang belajar di Universitas Helsinki, untuk membuat kernel Minix yang
bebas dan dapat sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX direka
untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01 dikeluarkan ke
Internet pada September 1991, Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991.
Berikutnya,
beribu-ribu penulis program sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek
ini. Sejarah sistem pengoperasian berdasarkan Linux berkaitan arat dengan projek GNU,
projek program bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU
bermula pada 1983 untuk membuat sistem pengoperasian seperti Unix lengkap kompiler,
utiliti aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya dikarang sepenuhnya dengan
Program Bebas. Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux ditulis, projek
GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem ini kecuali
kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan kernel mereka
supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya mengeluarkan Sistem
Pengoperasian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux melengkapkan ruang terakhir
dalam rancangan GNU.
Walaupun
kernel Linux dilisensikan di bawah GNU General Public License, ia bukannya
sebesar dari projek GNU. Tux, seekor Penguin, merupakan logo dan maskot bagi
Linux. Linux adalah tandaniaga (SN: 1916230) yang dimiliki oleh Linus Torvalds.
Linux terdaftar sebagai “Program sistem pengoperasian komputer bagi penggunaan
komputer dan operasi”. Tandaniaga ini diletak setelah berlaku suatu kejadian di
mana seorang pemalsu bernama William R Della Croce Jr mula menghantar surat
kepada para pengedar Linux yang megklaim tandaniaga Linux adalah kepunyaannya
serta meminta royalti sebanyak 10% dari mereka. Para pengedar Linux mulai
mendorong agar tandaniaga yang asal diberi kepada Linus Torvalds. Perlisensian
tandaniaga Linux sekarang dikendali oleh Linux Mark Institute.
Distribusi Linux
Terdapat
banyak edaran atau distribusi Linux (lebih dikenali sebagai Distro), yang
dibuat oleh individu, grup, dan lembaga lain. Masing masingnya mungkin
disertakan dengan program sistem dan program aplikasi tambahan, di samping
menyertakan suatu program yang memasang keseluruhan sistem dalam komputer baru.
Inti
bagi setiap edaran Linux adalah Kernel Linux, koleksi program dari projek GNU
(atau projek lain), shell, dan aturcara utiliti seperti pustaka (libraries),
Kompiler, dan Pengedit (editor). Kebanyakan sistem juga menyertakan aturcara
dan utiliti yang bukan-GNU, bagaimanapun utiliti tersebut dapat diasingkan dan
masih menyediakan sistem ala-Unix. Beberapa contoh adalah aturcara dan utiliti
dari BSD dan Sistem Tetingkap-X (X-Window System). X menyediakan Antaramuka
Grafik (GUI) yang asas bagi sistem Linux.
Aplikasi Sistem Pengoperasian
berdasarkan Linux
Pengguna
Linux, yang secara tradisinya perlu memasang dan melakukan konfigurasi terhadap
sistem sendiri, lebih cenderung mengerti teknologi dibanding pengguna Microsoft
Windows atau Mac OS. Mereka sering disebut “hacker” atau “geek”. Namun
stereotipe ini semakin berkurang dengan peningkatan sifat ramah-pengguna dan
makin luasnya pengguna edaran Linux. Linux telah membuat pencapaian yang agak
baik dalam pasaran komputer server dan komputer tujuan khusus. Contohnya, mesin
render gambar, dan servis web. Linux juga mulai populer dalam pasaran komputer
“desktop”.
Linux
merupakan asas kepada kombinasi program-server LAMP, kependekan dari Linux,
Apache, MySQL, Perl/PHP,Python. LAMP telah mencapai kepopuleran yang luas di
kalangan pembangun Web.
Linux
juga sering digunakan sebagai Sistem Pengoperasian Benam. Biaya Linux yang
murah memungkinkan penggunaannya dalam peralatan seperti Simputer, yaitu
komputer biaya rendah yang disasarkan pada penduduk berpendapatan rendah di
Negara-negara Membangun.
Dengan
Persekitaran Desktop seperti KDE dan GNOME, Linux menawarkan Antarmuka Pengguna
yang lebih menyerupai Apple Macintosh atau Microsoft Windows dari Antarmuka
Baris Arahan seperti Unix. Justru itu, lebih banyak program grafik dapat
didapati pada Linux, yang menawarkan berbagai fungsi yang ada pada utiliti
komersil.
Linux
yang pada awalnya hanya merupakan sistem pengoperasian yang digunakan oleh
peminat komputer, telah menjadi sistem yang lebih Ramah-pengguna, dengan
antaramuka grafik yang berbagai macam aplikasi yang lebih mirip sistem
pengoperasian konsumer lain, dari baris arahan Unix. Namun kesan ini telah
menimbulkan kritikan ramai, termasuk dari penyokong Linux. Mereka berpendapat
bahwa Linux dan projek program bebas masih belum mencapai faktor
ke’dapatpakai’an yang memuaskan. Persoalan tentang ke’dapatpakai’an Linux
berbanding Windows atau Macintosh masih menjadi isu perdebatan yang hangat.
Pasaran Linux dalam komputer “desktop” masih agak kecil tapi semakin
berkembang. Menurut Lembaga Penyelidikan Pasaran IDC, besar pasaran bagi Linux
pada tahun 2002 adalah 25% bagi pasaran server, dan 2.8% bagi pasaran Komputer
pribadi.
Bagi
mereka yang hanya biasa menggunakan Windows atau Macintosh, Linux mungkin
kelihatan lebih sukar disebabkan perbedaan dalam melakukan berbagai kerja
komputer. Dan lagi, lebih mudah untuk mencari sokongan teknis bagi Windows atau
Mac OS dibandingkan Linux. Tambahan lagi, secara lazimnya pengguna perlu
menukar program yang sering digunakan, disebabkan program tersebut tidak
didapati dalam Linux (atau pilihan yang agak terbatas, terutamanya permainan
komputer). Faktor lain adalah sifat ragu-ragu pengguna yang merasa susah untuk
melepaskan sistem pengoperasian mereka (banyak pengguna masih menggunakan versi
Windows yang lama). Selain itu, kebanyakan komputer didatangkan dengan Windows
sedia dipasang (preinstalled). Faktor-faktor ini menyebabkan perkembangan Linux
yang agak lambat.
Walau
bagaimanapun, kelebihan Linux seperti biaya rendah, sekuritas yang lebih aman,
dan tidak bergantung pada vendor, telah menggalakkan penggunaan yang meluas di
kalangan koperasi dan kerajaan. Dalam situasi ini, halangan yang disebut di
atas dapat dikurangkan karena hanya aplikasi/utiliti yang terbatas digunakan,
serta kerja pentadbiran komputer (administration) dikendalikan oleh sekumpulan
pekerja pakar IT yang sedikit.
Terdapat
berbagai kajian yang dilakukan terbatas biaya serta ke’dapatpakai’an Linux.
Relevantive, (sebuah lembaga berpusat di Berlin, yang mengkhusus dalam
rundingan lembaga tentang ke’dapatpakai’an program, serta servis web), telah
membuat kesimpulan bahawa ke’dapatpakai’an Linux bagi pekerjaan dengan komputer
“desktop” adalah hampir sama dengan Windows XP. Bagaimanapun, kajian oleh IDC
(yang dibiayai oleh Microsoft) mengklaim bahwa Linux mempunyai biaya pemilikan
(Total Cost of Ownership) yang lebih tinggi berbanding Windows.
Linux
juga sering dikritik karena jadwal pembangunannya yang tidak dapat diduga.
Secara langsung, menyebabkan pengguna Enterprise kurang selesa dengan Linux dibanding
sistem pengoperasian lain (Sumber:Marcinkowski, 2003). Pilihan yang banyak
dalam edaran Linux juga dikatakan mengelirukan konsumer, dan vendor program.
Instalasi
Proses pemasangan yang sukar sering-kali menjadi penghalang bagi pengguna baru, namun proses ini sekarang menjadi lebih mudah akhir akhir ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa pengeluar PC (Komputer pribadi) terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan edaran Linux dapat didapati. Ada juga edaran Linux yang dimana Linux di-boot secara terus dari Live CD tanpa perlu memasangnya ke dalam Hard Disk. Contoh-contoh edaran Linux berbentuk Live CD adalah Knoppix/Gnoppix dan Gentoo. Gambar ISO bagi CD untuk edaran Linux tersebut biasanya dapat dimuat turun dari Internet, ditulis ke CD, dan selanjutnya membootkan CD tersebut.
Proses pemasangan yang sukar sering-kali menjadi penghalang bagi pengguna baru, namun proses ini sekarang menjadi lebih mudah akhir akhir ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa pengeluar PC (Komputer pribadi) terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan edaran Linux dapat didapati. Ada juga edaran Linux yang dimana Linux di-boot secara terus dari Live CD tanpa perlu memasangnya ke dalam Hard Disk. Contoh-contoh edaran Linux berbentuk Live CD adalah Knoppix/Gnoppix dan Gentoo. Gambar ISO bagi CD untuk edaran Linux tersebut biasanya dapat dimuat turun dari Internet, ditulis ke CD, dan selanjutnya membootkan CD tersebut.
Konfigurasi
Konfigurasi bagi kebanyakan setting Linux seringkali perlu dilakukan menerusi penyuntingan berkas teks dalam direktori /etc. Terdapat juga utiliti seperti Linuxconf dan GNOME System Tools yang bertujuan memudahkan kerja ini dengan menyediakan antaramuka grafik. Namun baris arahan merupakan cara paling lazim digunakan.
Konfigurasi bagi kebanyakan setting Linux seringkali perlu dilakukan menerusi penyuntingan berkas teks dalam direktori /etc. Terdapat juga utiliti seperti Linuxconf dan GNOME System Tools yang bertujuan memudahkan kerja ini dengan menyediakan antaramuka grafik. Namun baris arahan merupakan cara paling lazim digunakan.
Dukungan
Dukungan bagi Linux biasanya didapatkan menerusi peer(dalam konteks ini bermaksud rakan dalam talian) pengguna Linux lain di dalam forum internet, newsgroup dan senarai mel. Kumpulan Pengguna Linux (LUG, Linux User Group) telah didirikan di sulurh dunia untuk membantu pengguna lokal, pengguna baru, dan pengguna berpengalaman. Bantuan termasuk pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan serta menggalakkan perkembangan sistem Linux. Pembekalan komersil bagi edaran Linux secara umumnya mengamalkan model perniagaan dengan menyediakan sokongan. Sokongan partai ketiga juga sudah tersedia
Dukungan bagi Linux biasanya didapatkan menerusi peer(dalam konteks ini bermaksud rakan dalam talian) pengguna Linux lain di dalam forum internet, newsgroup dan senarai mel. Kumpulan Pengguna Linux (LUG, Linux User Group) telah didirikan di sulurh dunia untuk membantu pengguna lokal, pengguna baru, dan pengguna berpengalaman. Bantuan termasuk pemasangan, penggunaan, penyelenggaraan serta menggalakkan perkembangan sistem Linux. Pembekalan komersil bagi edaran Linux secara umumnya mengamalkan model perniagaan dengan menyediakan sokongan. Sokongan partai ketiga juga sudah tersedia
Skala Usaha Pembangunan Linux
Sebuah
studi (More Than a Gigabuck: Estimating GNU/Linux’s Size [2]) Terhadap Red Hat
Linux 7.1 menemukan bahwa edaran ini berisi 30 juta baris kode source (‘’source
lines of code (SLOC)’’). Menggunakan model biaya COCOMO studi ini menunjukan
bahwa edaran ini memerlukan waktu pengembangan sebanyak 8000 tahun, apabila
software ini di kembangkan dengan cara proprietasi konvensional. Dan akan
memakan sekitar 1.08 miliar dolar (dolar tahun 2000) untuk di kembangkan di
Amerika Serikat.
Mayoritas
dari kode (71%) ditulis dalam C, namun banyak bahasa lain digunakan, termasuk
C++ shell scripts, Lisp, assembly language, Perl, Fortran dan Python. Sekitar
setengah dari kodenya di lisensikan di bawah GPL. Kernel Linux kernel
mengandung 2.4 juta baris kode, atau sekitar 8% dari total, Menunjukan bahwa
mayoritas dari edaran Linux terdiri dari kode yang tidak terkandung dalam
Kernel Linux.
GNU/Linux
Disebabkan utiliti-utiliti dari projek sistem pengoperasian bebas GNU tanpa ini sistem Linux tidak akan menyerupai sistem Unix dalam perspektif pengguna Richard Stallman dari GNU/FSF memohon agar kombinasi sistem (projek GNU dan kernel Linux), disebut sebagai “GNU/Linux”. Pengguna edaran Linux dari projek Debian lebih cenderung menggunakan nama tersebut. Kebanyakan pengguna lebih mudah menggunakan istilah “Linux”.
Disebabkan utiliti-utiliti dari projek sistem pengoperasian bebas GNU tanpa ini sistem Linux tidak akan menyerupai sistem Unix dalam perspektif pengguna Richard Stallman dari GNU/FSF memohon agar kombinasi sistem (projek GNU dan kernel Linux), disebut sebagai “GNU/Linux”. Pengguna edaran Linux dari projek Debian lebih cenderung menggunakan nama tersebut. Kebanyakan pengguna lebih mudah menggunakan istilah “Linux”.
Tindakan Undang-undang (Litigasi)
Artikel
utama: SCO Vs IBM Pada bulan Mac 2003, Kumpulan SCO (SCOG – SCO Group) telah
mengeluarkan saman terbatasap IBM yang mengklaim bahwa IBM telah memasukkan
sebesar dari bahan intelektual milik SCOG ke dalam kernel Linux, di mana ia
merupakan pelanggaran terbatasap lisensi IBM untuk menggunakan UNIX. Lisensi
tersebut dikatakan dipegang oleh Kumpulan SCO. Tambahan lagi, Kumpulan SCO juga
telah mengirim surat kepada beberapa lembaga dan memberi amaran tentang
penggunaan Linux tanpa lisensi dari kumpulan SCO akan menerima tindakan dari
mereka. Kumpulan SCO juga mengeluarkan pernyataan pada media massa yang mereka
akan menyaman pengguna Linux selanjutnya. Kontroversi ini telah mencetus
beberapa kecaman oleh Kumpulan SCO terbatasap Novell, DaimlerChrysler, dan
AutoZone, selain saman balik oleh Red Hat dan pihak lain terbatasap SCOG.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar